SAMM Kutuk Keras Tindakan Reman Dan Gesa Rakyat Malaysia Terus Bersolidariti di IPK Shah Alam 

SAMM mengutuk keras tindakan menahan reman 2 hari terhadap 25 aktivis #BantahGST termasuklah Che’GuBard, Edy Nor Reduan, Md. Sani Mohd Shah, dan beberapa komrad SAMM lain yang turut ditahan semalam. Pun begitu SAMM memperingatkan rejim Pemerintah dan aparat mereka untuk tidak melanjutkan tempoh tahanan reman ini kelak.

SAMM mengucapkan terima kasih kepada pasukan guaman yang bertungkus lumus semenjak petang semalam di Balai Polis Kelana Jaya demi untuk membebaskan rakan-rakan aktivis yang ditahan.

Dalam pada itu, SAMM juga menyelar keras tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika oleh pihak Polis DiRaja Malaysia yang mengepung kompleks Kastam DiRaja Malaysia dan seterusnya melakukan intimidasi yang agak ganas terhadap 80 aktivis semalam.  Continue reading

Letak Jawatan Jika Gagal Pertahan Status Geopark UNESCO Langkawi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Zon Langkawi telah mengeluarkan satu kenyataan menggesa semua pihak berwajib di Langkawi untuk mengambil berat mengenai status Geopark UNESCO Langkawi pada 16 Julai 2014. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan bertarikh 19 Mac 2015 pula menyatakan kekecewaan beliau kerana sehingga hari ini seakan tidak wujud persefahaman antara agensi pelancongan serta pihak berkuasa mengenai tindakan yang perlu diambil bagi memelihara keindahan warisan pulau tersebut.

SAMM Langkawi telah memberi peringatan akan peri pentingnya status ini dipertahankan. Langkawi sebagai pulau syurga pelancong telah menggamit jutaan warga asing ke sini, namun peringatan itu telah diperlekehkan oleh pihak bertanggungjawab kononnya mereka lebih mengetahui bagaimana untuk mentadbir Langkawi.  Continue reading

Pandangan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung pembentangan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015, di Dewan Negeri Kelantan pada 18 Mac 2015

1.       SAMM berpandangan ini merupakan satu pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) dan bukannya satu Rang Undang-Undang baru yang perlu mendatangkan kemuncak kegusaran awam dan pertikaian oleh mana-mana parti-parti politik. Enakmen asal telahpun diluluskan sejak lebih 20 tahun dahulu.

2.       Membuat pindaan terhadap mana-mana enakmen atau akta adalah satu proses biasa bagi menambah baik satu-satu enakmen atau akta. Ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah negara. Baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri, pindaan terhadap enakmen atau akta adalah amalan biasa.

3.       Adalah menjadi tanggungjawab demokratik sesebuah Kerajaan yang memerintah (Government of the day) untuk melakukan penambahbaikan terhadap satu set perundangan yang difikirkan sesuai untuk kemaslahatan rakyat di bawah naungannya. Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menentukan polisi pentadbiran yang ingin mereka aplikasikan.  Continue reading

Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada 1MDB 

Kenyataan Media
13 Mac 2015

Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada 1MDB 

Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah mengakui dalam Dewan Rakyat bahawa Kabinet telah meluluskan RM950 juta sebagai standby-credit kepada 1MDB. Kemudiannya Arul Kanda, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pula menyatakan bahawa peruntukan tersebut bukanlah pakej bail-out sebaliknya adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kelulusan Kabinet ini adalah satu keputusan kartun dan menghina intelektual rakyat. Apa asasnya Kabinet memberikan pinjaman kepada sebuah syarikat yang telah gagal sama sekali?

Menteri Kewangan II juga mengatakan 1MDB sedang menghadapi masalah aliran tunai (cash flow). Kenyataan ini juga menimbulkan kebimbangan SAMM bagaimana Kerajaan Persekutuan dengan begitu berani memberikan pinjaman kepada sebuah syarikat yang tidak terurus aliran tunainya? 

Sebelum ini pun, 1MDB gagal membayar pinjaman daripada Maybank dan RHB sehingga nyaris diambil tindakan oleh 2 institusi kewangan ini. Jika tiada talian hayat daripada Ananda Krishnan yang begitu “bermurah hati” menghulurkan pinjaman RM 2 billion kepada 1MDB, kita tidak tahu apa akan terjadi kepada bukan sahaja 1MDB malah Maybank dan RHB juga. 

Sehingga kini, 1MDB menanggung beban hutang mencecah RM42 bilion. Adakah 1MDB ini syarikat berdaya saing sehingga layak diberi pinjaman walaupun kurang 10 tahun beroperasi tetapi telah menanggung hutang sebanyak ini?

Siri pendedahan emel komunikasi contohnya yang mendedahkan transaksi 1 billion dolar Amerika antara 1MDB – PetroSaudi dan kemudiannya secara gelap memindahkan wang tersebut ke sebuah syarikat ketiga iaitu Good Star Limited yang dibawah kawalan Jho Low memerlukan satu siasatan terbuka dahulu sebelum Kerajaan Persekutuan boleh memberikan pinjaman kepada 1MDB.  

Sementelah pula, pinjaman yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan bernilai hampir RM 1 billion dan ianya adalah merupakan dana awam. Seharusnya, ia perlu diperbahaskan dengan terperinci di dalam Dewan Rakyat. 

Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya merisikokan Perbendaharaan Negara dengan memberikan pinjaman besar ini. Apakah akan terjadi kepada kewangan dan ekonomi negara, jika 1MDB gagal menjelaskan pinjaman ini?

Melihat kepada cara Kabinet dan Kementerian Kewangan menguruskan 1MDB ini adalah sangat tidak menghairankan Hutang Luar Negara mencecah RM 740 billion & Hutang Kerajaan Persekutuan cecah 54% KDNK. 

Justeru, SAMM menyeru Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan kegagalan 1MDB dan menghentikan operasi 1MDB serta merta bagi mengelakkan impak negatif kepada kewangan dan ekonomi negara. 


SAMM juga menyeru Najib Razak untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana siri kegagalan dahsyat ini. 

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pusat Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Email : pkmsamm@gmail.com

Kerajaan Bagi Dana Kepada Pemuda UMNO Untuk Roadshow Shafee Abdullah

Dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri kepada pertanyaan jawap lisan oleh Ahli Parlimen Bakri, Saudara Er Teck Hwa, beliau telah mengakui bahawa Kerajaan terbabit dalam menguruskan roadshow pertama Shafee Abdullah. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima penjelasan jujur ini dengan satu persoalan roadshow-roadshow ini dilaksanakan oleh Pemuda UMNO, adakah Hajah Nancy Shukri sebenarnya ingin menyatakan bahawa dana kerajaan atau wang pembayar cukai ini boleh digunakan dalam program UMNO?

Hajah Nancy Shukri juga perlu tampil untuk menyatakan peruntukan Kementerian manakah yang telah digunapakai bagi menjalankan roadshow ini? Tidakkah ini juga menunjukkan terdapat satu perancangan halus pembunuhan karakter Ketua Pembangkang, Saudara Anwar Ibrahim? Jika Kerajaan telah berpendirian bahawa Mahkamah telah menjalankan tugas dengan penuh keadilan, apa keperluan Kerajaan untuk membuat roadshow? Biarkan saja Pemuda UMNO atau mana-mana NGO untuk menjalankan kerja tersebut tanpa dibiayai Kerajaan. Continue reading

Apa Mekanisma Penurunan Harga Barang Pasca GST & Halatuju Ekonomi Negara

BAHANG cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa, masalah kenaikan kos sara hidup masih tidak jelas penyelesaiannya. Hingga kini Kerajaan masih buntu untuk mengambil mekanisma penurunan harga barang.  Apa yang tidak jelas kepada rakyat ialah adakah GST mampu menurunkan harga barang.

Dengan kenyataan-kenyataan lucu dari pihak kementerian, rakyat masih gagal memahami cukai misteri tersebut. Kenyataan lucu yang dimaksudkan adalah Timbalan Menteri  Datuk Ahmad Maslan dalam ucapanya mengatakan syarikat telekomunikasi boleh menyerap kos GST daripada kad prabayar seperti kos SST. Continue reading

Dapatkan Booklet Kes Anwar

50,000 Booklet Kes Anwar terbitan Pemikir Kaum Muda SAMM sudah siap dicetak.  

Taja :  Minima 1000 naskah bernilai RM0.70 tiap keping = RM 700

Membeli : Minima 500 naskah bernilai RM1.00 sekeping = RM500 (nilai sudah termasuk kos pos ke alamat yg diberikan)

Bantu SAMM utk menggerakkan kempen kesedaran rakyat ini dan terus menerbitkan bahan pendidikan politik untuk rakyat. 

Insya Allah, usaha kecil anda akan membawa erti besar dlm perjuangan mendepani konspirasi ini.

Berminat utk menyertai kempen ini boleh email ke pkmsamm@gmail.com atau

Whatsapp ke +60182864256 (Anwar)



ULASAN : Trend Pemilikan Hartanah Oleh Warga Asing Di Johor Membimbangkan

pemilikan hartanah johorPemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia melihat trend pemilikan hartanah oleh warga asing di negeri Johor khususnya Bandaraya Johor Bahru berada di dalam keadaan yang amat merunsingkan. Kenaikan drastik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, membuktikan betapa selama ini Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengamalkan dasar berlapang dada dengan pemilikan hartanah oleh warga asing di negeri tersebut.

Berdasarkan kepada jawapan Kerajaan Negeri kepada pertanyaan Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Senai, YB Puan Wong Shu Qi bertarikh 12 Febrari 2015, terdapat peningkatan ketara pemilikan asing dalam sektor hartanah iaitu daripada 837 unit hartanah dimiliki warga asing pada tahun 2009 kepada 7830 unit pada tahun 2014. Angka-angka ini melibatkan warganegara daripada 41 buah negara asing. Continue reading